Episode 1
“Kringggg……” bunyi loceng menandakan
persekolahan sesi pagi tamat.
“ jangan lupa siapkan kerja sekolah,
hari isnin depan cikgu mahu lihat. Assalamulaikum semua.”
“ walaikumusalam ” jawab murid 5 Anggrik.
Ada yang mengeluh kerana diberi kerja sekolah, ia tidak meluputkan rasa gembira
untuk pulang ke rumah bertemu keluarga kerana la hari khamis. Bagi pelajar yang tinggal di asarama merupakan
saat paling gembira diberi pulang ke rumah 2 kali seminggu.
“ huu, lega… boleh balik awal sikit
hari ini."
Dengan berat hati kaki Hana terus melangkah ke
pejabat guru. Dalam fikirannya mahu cepat kemas barang terus pulang ke rumah nenek. Hana
lihat meja sebelah kelihatan Cikgu Napisah mengemas barang, mungkin mahu pulang juga.
“ eh Hana, cepat hari ini. tergesa-gesa
kemas, mau ke mana? Nak kata hubby tunggu di rumah, belum kahwin lagi.”
Hana hanya tersenyum dengan persoalan Cikgu
Napisah yang sudah dianggap kakak. Semasa pertama kali bertugas, Cikgu Napisah
orang pertama yang tegurnya dan bawa ke bilik pengetua untuk melapor diri.
“ mahu jemput Aniq kak , minggu ini dia
balik. Nanti lambat ambil merajuk pulak. hish, kalau merajuk mengalahkan budak perempuan, muncungnya boleh sangkut anger dia tu.” “ ok kak , pergi dulu. Assalamulaikum”
Hana dan Aniq dua beradik yatim
piatu. Hana bekerja sebagai guru di sekolah Rendah Sultan Mansur, manakala Aniq
tahun ini akan menempuh spm. Mereka hidup di rumah pusaka tinggalan ibu sebelum berpindah ke rumah nenek di Perak . Dari kejauhan sudah kelihatan kereta
protan saga berwarna merah milik kakaknya. Senyuman di bibir Aniq terbentuk
lebar sampai ke telinga. Aniq terus masuk kereta lalu mencium tangan kakaknya.
“ awal datang hari nie”
“walaikumusalam” Aniq buat muka
tersengih. Di tahu kakaknya memerlinya lantas dia terus beri salam dan mengangkat kedua belah tangan gaya mahu sembah raja untuk meminta
maaf. Hana yang di sebelah mahu ketawa lihat kelakuan adiknya lalu diusap ubun-ubun kepala adiknya tanda sayang yang tak belah bagi.
“emmm..datang lambat, nanti ada yang
membebel tidak cukup hari” tersengih lagi si Aniq dengan telahan kakaknya. Dia
memang jenis tidak suka menunggu dan ditunggui sekiranya berjanji perlu tepati time
tue juga kena terpajak depan dia. Kalau tidak kena tahan la bebelan berserta
ceramah free yang entah apa yang keluar dari mulutnya.
“ kak..emm.. emmm”
“ ada apa, kalau nak cakap terus
aje. Kenapa tergagap-gagap? Aniq ada buat salah ya?.”
“ mana ada, akak nie suka tuduh orang.
Aniqkan budak baik, dengar kata, handsome lagi comel”
“ hish.. masuk lif tekan sendiri, afik sape la. Apa
yang kamu nak cakap sebenarnya?”
“Aniq, Aniq ….”
“ apa???” Hana geram dengan telatah
adiknya rasa telan hidup.nampak kecil di depan mata dengan cuaca panas add
pluss lapar lagi. Kalu terkam Aniq comfirm tak payah makan sebulan. hahaha…esok
keluar newspaper kakak makan adik gara-gara geram. hish, nauzubillah. Mintak
dijauhkan.amin.
“ Hanif pulang tak ” “fuhh,keluar
juga pertanyaan berani mati ” monolog Aniq didalam hati.
Walaupun tinggal serumah malah umur pun sama
tapi apabila bertemu alamak bergegar rumah nenek. Asal bersua muka, tarik muka.
Mulut juga sama naik mengalahkan orang perempuan kadang-kadang tangan kaki terangkat,
mula lah buka gelangan gusti. Yang pasti Kak Hana jadi pengaman tidak bergaji
meleraikan pergaduhan antara mereka. Kalau nenek ada pasti kena humban dalam
kolam. Nenek kalau sudah marah semua akan terkena tempias boleh lingkup semua
perabot di rumah.
“kenapa? Kalau dia balik nak buka
gelanggan gusti ke? Kakak jadi pengadil amacam? Ada mau ?”
“ hish kakak nie..” “dah lama tak
lihat muka poyo dia. Hihhi, rinduuu”
“Amboi kata orang, dia ingat muka
handhsome la” sengeh sahaja dengar bebelan kakaknya.
“Tunggu dan lihat , ok!”
“emm…kan dah dekat exam so nak minta
maaf la”
“Alhamdulilah, kita hanya tiga adik
beradik saja, ada ayah entah ke mana . entah hidup ke mati bukannya ada khabar.
Macam yatim piatu kita yer”
“ Nenekkan ada. Hii” tersengeh Aniq.
Sejak emak meninggal, nenek datang
ke kampung dan terus membawa kami ke
Kuala Lumpur tinggal bersamanya. Mula-mula keberatan juga mahu tinggal rumah
tinggalan emak. Di situ banyak tersimpul memori pahit manis bersama emak. Rasa
sayu bertandang di hati untuk meninggalkan kenangan. Memikirkan adiknya masih
kecil dan masih memerlukan penjagaan maka dituruti neneknya walaupun berat hati
. Pada masa itu Hana masih menuntut di
martad perguruan di Batu Rakit Kuala Terengganu.