Sabtu, 28 Januari 2012

Lembaran Baru



Episode 1

“Kringggg……” bunyi loceng menandakan persekolahan sesi pagi tamat.

“ jangan lupa siapkan kerja sekolah, hari isnin depan cikgu mahu lihat. Assalamulaikum semua.” 

“ walaikumusalam ” jawab murid 5 Anggrik. Ada yang mengeluh kerana diberi kerja sekolah, ia tidak meluputkan rasa gembira untuk pulang ke rumah bertemu keluarga kerana la hari khamis. Bagi pelajar yang tinggal di asarama merupakan saat paling gembira diberi pulang ke rumah 2 kali seminggu. 

“ huu, lega… boleh balik awal sikit hari ini."

 Dengan berat hati kaki Hana terus melangkah ke pejabat guru. Dalam fikirannya mahu cepat kemas barang terus pulang ke rumah nenek. Hana lihat meja sebelah kelihatan Cikgu Napisah mengemas barang, mungkin mahu pulang juga. 

“ eh Hana, cepat hari ini. tergesa-gesa kemas, mau ke mana? Nak kata hubby tunggu di rumah, belum kahwin lagi.”

Hana hanya tersenyum dengan persoalan Cikgu Napisah yang sudah dianggap kakak. Semasa pertama kali bertugas, Cikgu Napisah orang pertama yang tegurnya dan bawa ke bilik pengetua untuk melapor diri.

“ mahu jemput Aniq kak , minggu ini dia balik. Nanti lambat ambil merajuk pulak. hish, kalau merajuk mengalahkan budak perempuan, muncungnya boleh sangkut anger dia tu.” “ ok kak , pergi dulu. Assalamulaikum”

Hana dan Aniq dua beradik yatim piatu. Hana bekerja sebagai guru di sekolah Rendah Sultan Mansur, manakala Aniq  tahun ini akan menempuh spm.  Mereka hidup di rumah pusaka tinggalan  ibu sebelum berpindah ke rumah nenek di Perak . Dari kejauhan sudah kelihatan kereta protan saga berwarna merah milik kakaknya. Senyuman di bibir Aniq terbentuk lebar sampai ke telinga. Aniq terus masuk kereta lalu mencium tangan kakaknya.

“ awal datang hari nie” 

“walaikumusalam” Aniq buat muka tersengih. Di tahu kakaknya memerlinya lantas dia terus beri salam dan mengangkat kedua belah tangan gaya mahu sembah raja untuk meminta maaf. Hana yang di sebelah mahu ketawa lihat kelakuan adiknya lalu diusap ubun-ubun kepala adiknya tanda sayang yang tak belah bagi.

“emmm..datang lambat, nanti ada yang membebel tidak cukup hari” tersengih lagi si Aniq dengan telahan kakaknya. Dia memang jenis tidak suka menunggu dan ditunggui sekiranya berjanji perlu tepati time tue juga kena terpajak depan dia. Kalau tidak kena tahan la bebelan berserta ceramah free yang entah apa yang keluar dari mulutnya.

“ kak..emm.. emmm” 

“ ada apa, kalau nak cakap terus aje. Kenapa tergagap-gagap? Aniq ada buat salah ya?.” 

“ mana ada, akak nie suka tuduh orang. Aniqkan budak baik, dengar kata, handsome lagi comel” 

“ hish.. masuk lif tekan sendiri, afik sape la. Apa yang kamu nak cakap sebenarnya?” 

“Aniq, Aniq ….”

“ apa???” Hana geram dengan telatah adiknya rasa telan hidup.nampak kecil di depan mata dengan cuaca panas add pluss lapar lagi. Kalu terkam Aniq comfirm tak payah makan sebulan. hahaha…esok keluar newspaper kakak makan adik gara-gara geram. hish, nauzubillah. Mintak dijauhkan.amin.

“ Hanif pulang tak ” “fuhh,keluar juga pertanyaan berani mati ” monolog Aniq didalam hati. 

Walaupun tinggal serumah malah umur pun sama tapi apabila bertemu alamak bergegar rumah nenek. Asal bersua muka, tarik muka. Mulut juga sama naik mengalahkan orang perempuan kadang-kadang tangan kaki terangkat, mula lah buka gelangan gusti. Yang pasti Kak Hana jadi pengaman tidak bergaji meleraikan pergaduhan antara mereka. Kalau nenek ada pasti kena humban dalam kolam. Nenek kalau sudah marah semua akan terkena tempias boleh lingkup semua perabot di rumah.

“kenapa? Kalau dia balik nak buka gelanggan gusti ke? Kakak jadi pengadil amacam? Ada mau ?”

“ hish kakak nie..” “dah lama tak lihat muka poyo dia. Hihhi, rinduuu”

“Amboi kata orang, dia ingat muka handhsome la” sengeh sahaja dengar bebelan kakaknya.

“Tunggu dan lihat , ok!”

“emm…kan dah dekat exam so nak minta maaf la”

“Alhamdulilah, kita hanya tiga adik beradik saja, ada ayah entah ke mana . entah hidup ke mati bukannya ada khabar. Macam yatim piatu kita yer”

“ Nenekkan ada. Hii” tersengeh Aniq.

Sejak emak meninggal, nenek datang ke kampung dan terus membawa  kami ke Kuala Lumpur tinggal bersamanya. Mula-mula keberatan juga mahu tinggal rumah tinggalan emak. Di situ banyak tersimpul memori pahit manis bersama emak. Rasa sayu bertandang di hati untuk meninggalkan kenangan. Memikirkan adiknya masih kecil dan masih memerlukan penjagaan maka dituruti neneknya walaupun berat hati . Pada masa itu  Hana masih menuntut di martad perguruan di Batu Rakit Kuala Terengganu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar